Majlis Persandingan Suraya & Fikri

Sambungan kisah semalam, 17/10/2013 berlangsung Majlis Persandingan Suraya & Fikri di rumah Suraya di Kg. Kundur. Majlis bermula lepas Zohor dan blarok(rombongan) sampai jam 3.20 ptg... majlis kat Kelantan ni memang lambat nak mula.. dan habis bun lambat lah.. kadang kadang magrib pun ada org datang lagi dan lauk memang budget sampai malam.....

Hari majlis pula sangat panas.... berpeluh aku time ambil gambar... tuan rumah dok bg aku air sirap dalam gelas ader lah 2, 3 kali.. lepas tu terus bg satu jug kat aku.. kekek.... dahaga weh.... terima kasih tuan rumah....

Suraya ni customer wife aku.. dia order kek hantaran... wife aku yg promote aku untuk jadi photographer untuk majlis dia.. alhamdulilah dia setuju.... dia ni memang photogenic dan pandai pose...... tak keras dan tak kaku lah time depan kamera... Pasangan dia nama Fikri pulak memang keras skit.. tapi lelaki tak apa.. memang dilahirkan keras... mereka berdua bak merpati dua sejoli, bak pinang dibelah dua, sama padan sama molek...

Dalam pkl 5 kami keluar pergi outdoor kat pantai Kundur kalau tak silap.... diorang bawak 2 pengapit untuk bersama posing memosing..... so layan lah beberapa gambar.. tak kan nak letak semua.. ko guano... :D




  








Sekian







0 comments:

Post a Comment