Good luck bro

19 Dec 2013 kami geng Jantan GSC buat farewell dinner untuk Amir a.k.a Udeng a.k.a Jengko. Dia akan ke tempat kerja baru yg dengar khabarnya memberi pulangan yang amat luar biasa berbanding dengan apa yg dia dapat di tempat kerja sekarang (org kata bukan aku kata.. hehehe)...

Bagi aku satu kerugian buat company dia sekarang yang dok sibuk canang "our people is our value" tapi tak cuba jaga org yg bagus dan bila diorang tu dapat tawaran lain di"counter" dengan janji janji yg emmmmmmm .. macam kita dok kena lani lah...... paham paham lah..... kang masuk bab politik pulak......

So geng jantan Gsc sama ada yang bujang atau yang dah kawin akan kehilangan seorang ketua yg mahir dalam penganjuran aktiviti dalam semua bab samaada berfaedah mahu pun laroo... hahahah .....geng tak akan jadi seperti dulu lagi..... aku tau ......blah tempat kerja jaa bukan pindah oversea.... tapi hakikat.. bila blah maka selalunya putus (nak kata putus sahabat macam keras sgt tapi akan jadi kurang mesralah)......dah memang 90% terbukti pun dari kes sebelom ni.. heheh...

seperti biasa ada gambar untuk tatapan. Gambar majlis makan malam perpisahan.... (ayat skema)









Gambar last credit to Fazry... tukang amik gambar group.. heheh


Selamat maju jaya... semoga success sokmo dari aku saing mung......

Sekian


Main-main di taman

Hari Ahad lepas 8/12/13 Rizman & Min buat birthday anak mereka, Iman di Taman Hi-Tech. Kami pergi tapi lambat skit.. so terlepaslah moment tiup lilin dan nyanyi lagu birthday....... lepas makan-makan budak-budak kecik ni apa lagi.. main lah sepuas hati....

Hannah cuma nak main buai jaaa....

Irdina sibuk main baling apa tah nama dia dengan Iman dan bapak Iman


Sekian.....






OTW balik Kulim....

Minggu lepas kena balik Kulim sorang-sorang. Wife tak berapa sihat, tambah dia tengah alahan sekarang... jadi dia nak berehat di kampung untuk seminggu... walaupun minggu ni dia ada tempahan terpaksalah dia tolak sbb memang tak larat untuk buat kek... kepada customer dia.. saya mintak maaf yaa... InsyaAllah seminggu dua nanti alahan akan hilang dan buleh sambung ambil tempahan kek....

Balik sorang ni adalah masa nak snap gambar..... kat bawah adalah beberapa gambar ketika aku otw balik kulim.....

Dekat Machang singgah kat sini untuk makan....

Macam-macam jenis sup ada.... tengok menu pun sampai sakit leher nak baca....

Nasi sup perut jadi pilihan..... dgn telur dadar tak cantik.... tapi sedap....

ini olang kena marah sama polis.... sbb suka suka hati buat ini jalan macam bapak dia punya jalan ooo... semua olang banyak jem sbb dia tutup jalan...... dah laa kerete banyak musim cuti sekolah nii....

Ini Bukit Bunga..... nama saja bukit bunga tapi tak ada jual bunga... jual macam macam kecuali bunga.. hehehe

Budak kecik pantang berenti kat sini.. sbb mereka akan pantang tengok dan pantang kalau tak beli....menangis sampai Kulim lah jawabnya

Setelah tahan begitu lama..... berenti kat sini untuk lepaskannya... hahah... tandas ni dekat Hentian Titiwangsa....

Di hentian ni ada kedai makan... harga ok lah.. tak lah cekik darah... cuma time bayar jangan kemut(kedekut) senyuman.. InsyaAllah murah...

Ada surau ...... oh air kat sini sangat sejuk..... ambil air sembahyang mungkin boleh beku..... :D

Yg mana tak ada hanset boleh call gewe(marka,awek) guna public phone ni..... ada lagi kaa org tak ada hanset.. oh mungkin habis credit.....

Hentian Titiwangsa ni sejuk nya macam Cameron Highland... jadi bunga pun banyak jugak yg cantik berkembang kat sini....

ini bukan iklan ubat kuat .. tetapi ini lori sangat hebat..... kakaka... banyak lori behenti tido kat sini.... sejuk....

Hok mana ado rosok keto...... sek nnarik ado doh ready.... helo ko puok dia ni harus mari slalu... tok ado lengohan maso pun.... heheheh



Sekian.....







Rรฉunion - Pulau yang sangat cantik

Salah satu blog reader datang dari Reunion.... so negara apakah Reunion ni..... tanya En.Google

jawapan En.Google.......Tempat yang sangat-sangat cantik......


Sekian


Majlis Pertunangan Ain & Arif

23 November lalu, berlangsung majlis pertunangan antara Ain & Arif. Ain adalah adik ipar aku... (adik Jerry lah)... dua orang ni berajar di maktab yang sama dan bakal jadi cikgu dan cikgi... heheh.... ikatan ini bak satukan TRW dan JDT.. hahaha... sbb sorang dari Kelantan dan sorang dari Johor..... Arif berasal dari skudai Johor. Jodoh ditangan tuhan jauh mana pun tempat lahir atau tinggal... kalau sudah jodoh bertemu jua... kami sekeluarga doakan agar jodoh Ain & Arif berkekalan selamanya.....






Saya mewakil tuan rumah mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau ader kekurangan dalam majlis tersebut...... 


Sekian




Majlis Kacau Suro (Bubur Asyura)

16 November 2013, Persatuan anak Kelantan Kulim mengadakan majlis kaca suro (Majlis buat bubur asyura atau sugha).


Asyura adalah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari)*

* sumber Wikipedia

Terima kasih pada En Rahman, pengerusi Persatuan anak Kelantan Kulim ni kerana memberi ruang kawasan rumah beliay untuk aktiviti kaca suro nih....majlis macam ni dapat lagi mengeratkan hubungan diantara sek anak Kelantan yg berada di sini. Pengalaman baru buat mereka yg sebelum ni hanya tengok org buat (termasuk aku lah) pakat sama-sama tolong menolong untuk menyiapkan bubur suro ini.... lenguh jugak kacau huhuhuh.... sila menjamu mata dengan gambar dibawah.... :D


Sekian.






The Red Warrior

Kelantan akhiri kempen Piala Malaysia dengan kekalahan pada Pahang di perlawanan akhir semalam 3 Nov 2013...... walau pun pahit untuk di telan tapi ini lah hakikat yang harus diterima. Perlawanan semalam memang banyak di kuasai oleh Pahang dan aku rasa memang Pahang patut menjadi juara kerana bermain dengan baik......

Apa pun ini patut dijadikan pengajaran dan muhasabah diri agar pemain dan penyokong berdiri di bumi yg nyata dah tidak lupa diri/riak dengan status kuasa besar bola sepak Malaysia masa kini. Kami penyokong The Red Warrior akan sentiasa berdiri teguh menyokong ketika menang mahu pun ketika kalah...... Gomo Kelate Gomo


Sekian








Sesi buat gambar (Making picture)

Sabtu lepas aku join geng Lan photog untuk sesi buat gambar..... kali ni kami cuba buat lain dari sesi biasa kami buat.. sebelum ni kita just ambil gambar then masing masing publish hasil masing masing saja..... tapi untuk sesi ini dalam group yang kecil kita berbincang terlebih dahulu hasil yag kita nak sebelum sesi menembak........



Sekian










Bola oh football

Ramai yg minat bola dan ramai juga yg tak minat.. yang minat bola pun boleh kata tak ramai yg minat bola sepak tempatan...... tapi sek kelate minat sokmo ko bola tempatan dari zaman Hashim Mustapha lagi.... mungkin tu zaman aku... kalau ikut minat zaman pak mertua aku... dari zaman dia wakil telekom lagi lah main bola sampai sekarang.. memang die hard fan kelate.... tak pernah miss gi tengok bola kat stadium kalau game dekat stadium keramat kelate.... kalau final sure pergi Bukit Jalil.... loni jah sekat tok cekat(tak larat) tengok saja bola kot tv.. tu pun sorak macam dok stadium juga laaa......

25 Oct lepas ada perlawanan timbal balik Kelantan vs ATM... Kelantan bawak mata lebih ke Kota Bharu sbb menang dengan ATM 2-1..... aku dgn Hannah , Irdina dan Pok Su budak nih pergi tengok bola kat rumah En Rahman.... Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Kulim..... dia buat tayangan big screen ..... sambil boleh tengok bola ramai²... boleh gak makan makan free.. heheh .. Jerry tak ikut sbb kena buat kek

Tapi dapat tengok first half ja sbb budak kecik dua org ni tido.... dan Hannah bila nak tido dia nak susu.. so kena laa balik rumah.. dah laa first half Kelatan kena 2-0.... dalam kepala dah out dah Kelantan... nak buat macam mana .. tak ada rezeki...... .....

So sambung tengok kat rumah..... Jerry yg patut nyer duduk rumah buat kek tak terbuat pun kek.. dok layan tengok bola jugak... tak boleh nak buat sbb berdebar tunggu gol dari Kelantan nih..... akhirnya dapat jugak gol penyamaan dari Fakri...... hahaha... aku dok kutuk jaa Bojan buat masuk Fakri.... aku rasa kalau tengok kat rumah Jerry kat kg nih sure pak mertua aku pun dok kondem Fakri..... tapi .. dia jugak selamat kan maruah Kelantan.. terima kasih Fakri... patut Bojan cayo ko mung pun.. mu nih biso jugok kadang²..... dan gol kemenangan dihasilkan oleh ketua pasukan yg kami hormati Piya..... hebat mu boh.... jange lah mu gi JDT weh..... tulun lah...... So Kelantan ker Final untuk 4 tahun berturut turut.... lawan Pahang... yang pernah kena baham 4-0... emmmm .. jgn over confident ... jadi macam hari ni.. hampir kalah dgn ATM........


Sekian


Penuhkan Saf Betulkan Saf dan Rapatkan Saf

"Penuhkan Saf Betulkan Saf dan Rapatkan Saf" adalah peringatan yang selalu kita dengar bila kita bersolat jemaah sama ada di masjid, di surau, di madrasah, di mana sahaja asalkan berjemaah dan jemaah lebih dari sorang lah......

Kenapa perlu kita "Penuhkan Saf, Betulkan Saf dan Rapatkan Saf"?
Kita diWAJIBKAN untuk memenuhkan saf, membetulkan saf dan merapatkan saf... ini bukan suka suki ini adalah wajib.... ada hadith yng menyuruh kita berbuat demikian
      “Luruskan shaf-shaf kalian, karena sesungguhnya meluruskan shaf termasuk kesempurnaan sholat”.diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shohihnya (433)
Ada beberapa hadith lain lagi berkenaan perkara yang sama merupakan dalil wajibnya kita memenuhkan, merapatkan dan membetulkan saf kerana menyempurnakan solat itu wajib sedang kesempurnaan saf pula adalah merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat.

Nak Betul rapat macam mana?

Rapat dan lurus seperti ini

Ni contoh saf tak menepati piawaian.... tak penuh dan tak lurus macam ular kena palu

Apa jadi kalau kita tak rapatkan saf?
1)Telah melakukan suatu bentuk larangan syar'i
2)Ruang kosong antara jemaah menjadi tempat syaitan memutuskan antara saf yg akan menimbulkan perselisihan dan banyak pertentangan di antara hati-hati mereka.
3)Akan kehilangan pahala dan fadhilat besar. dalil nya "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada org yang menyambungkan saf" hadith riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim.

emmm.... aku pun sebenarnya tak arif sangat tapi aku pernah lah belajar time sekolah menengah dulu yg benda ni wajib.... tapi sesetengah kita ni buat tatau atau tak ambil tahu atau memang tak tahu dan tak mau tahu..... bila ader kosong kat depan dia boleh buat tatau jaa..... buat garu kepala, buat tengok siling lah... susah kaa nak langkah penuhkan saf.... atau ada reason mereka ni tak nak penuh kan saf..... mesti lah ader.....semuanya kerana memilih tempat.......
   1) Sbb tempat tu adalah favorite dia.... dia sembahyang kat spot tu dari belum khatan lagi.. kalau sembahyang saf lain mungkin tak leh khusyuk dan terganggu dan ragu ragu....
   2)Tmp tu redup tak kena cahaya matahari.... saf depan dia kena matahari.. takut hitam...(time main bola tengahari buta 3jam main tak risau pulak hitam)
   3)Tempat tu ader kipas.... yang tu paling utama.... takut time sembahyang panas.... nanti berpeluh tak khusuk..... so buat keras biar org lain penuhkan saf kat depan dia...... adoi.... walhal Allah dan para malaikat berselawat atas org yg menyambungkan saf...... bukan pak dolah yg berselawat....... bukan Wok Samad.....ni Allah dan para malaikat nih...... boleh tolak Allah dan malaikat pi ambil kipas dan angin sepoi sepoi kena rambut beralun......
Satu lagi rapat lak sikit kaki tu..... jgn lah terkangkang sangat.. ni sampai anak gajah boleh lalu bawah kangkang(tipulah anak gajah.... anak kambing lah logik skit)...

Apa yg ditulis ni untuk menjadi peringatan bg diri sendiri dan jugak org lain yang mungkin lupa atau tidak tahu... semoga menjadi perkara yg berguna


Sekian






"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."