Kurma D'Klate

Kurma berbuah di Klate.... aku pun tau dari paper sinar ... jadi kami pun pergi nak tengok sendiri pokok kurma di bulatan jam besar tu sbb tak pernah tengok lagi buah kurma di pokok...

Sampai disana ramai jugak yg berhenti tengok.... dah macam ada pameran dah.. dua tiga hari lagi sure ada org jual air, keropok dan belon kat kawasan ni... :D

Seperi biasa gambar untuk tatapan pembaca.



Sempat amik gambar time di bulatan jam besar tu

sekian






Bola oh Bola.... World Cup Fever

World Cup fever now.... so . Irdina dan Hannah turut berbaju bola..... ni papa yg pilih sbb papa sokong Germany... heheh... gambar ni di ambil time dirumah tok ayah.. ni buaian kegemaran Hannah.... tiap petang kena main buaian ni dulu sebelum main pasir.....




Sekian


Maggi Ketam

8hb Jun 2014 kami beramai-ramai pergi menjamu selera hidangan yang hot di Kelate sekarang... iaitu Maggi Ketam... tambahan pula ada org dok mengidam nak makan ketam.. Hidangan cukup simple iaitu Maggi Kari + Ketam.... so kami mencarilah tempat yg paling tersohor dgn Maggi Ketam ni....

First kedai kami sampai ketam dah habis... sampai kedai kol 9 pun dah habis.. punya ramai org tempah... second kedai adik aku sempat call dan tempah Maggi ketam ni untuk 9 org makan..... lega.. kalau tak kesian kat org yg mengidam tu... :D

 Kedai Maggi Ketam antara yang terbaik di Kota Bharu

 Peralatan yg perlu digunakan

Menunggu hidangan dgn sabar.. sambil dok telan air liur tengok org sebelah tengah makan.. heheh
  
Akhirnya  hidangan sampai


Bila dah kenyang.... main lah kerja budak kecik 2 orang ni...



oh.. lupa nak bgtau.. satu hidangan Maggi ketam ni beharga RM23.... dan adik aku Dr.Adlina yg belanja.... ribuan terima kasih.. :D



Majlis Perkahwinan Ahmad&Asma

7hb June 2014 berlangsung majlis yg indah iaitu majlis perkahwinan sepupu aku Siti Asma.... Asma ni kalau dalam family kami panggil Angah....Angah ni seorang yg baik dan paling rapat dengan Umi dia... nampak air mata Umi time nak tinggalkan Angah di rumah pengantin lelaki... jangan risau Umi.. menantu Umi tu seorang yg baik.... semoga berkekalan bahagia selamanya....InsyaAllah.

Seperti biasa... gambar untuk tatapan pembaca...











Sekian.......




Majlis Perkahwinan Ct&Din

Pada 31 May 2014, aku diberi kepercayaan untuk menjadi OP untuk majlis perkahwinan Ct&Din.... Contact just melalui email dan whatsup jaa.. jumpa pada hari majlis.... nasib baik ada map rumah kalau tak sesat macam Fazry.. kekekek........ kaum kerabat Ct ni memang peramah.... time nak balik siap bg tapau makanan lagi.. punya laa banyak aku siap buat kenduri pulak rumah aku....hehehe...

oh yaa... sebelum ni aku dah pernah ambil gambar untuk majlis sepupu dia Aida&Hasnol........ mungkin depa yg promote ... thanks lah kome promote... nanti mike bg diskaun kalau nak amik gambo family nanti....
seperti biasa.. gambar ada kat bawah.. sila lah lihat noo...













oh yaa.... tidak lupa saya nak berterima kasih pada Kim Afyda kerana telah menjadi flash girl.. walaupun dia tak selaju the flash tapi assistant dari dia sgt saya hargai..... actually dia seorang model.... selamba aku suruh model jadi light stand... kekekek






Happy 20th Birthday to Celestica

Celestica menyambut ulang tahun ke 20 penubuhan. Banyak aktiviti yang company buat untuk menyambut hari tersebut..... semoga akan lebih maju dimasa hadapan.





Sekian