d d d d dd d d d d d d d d d d dd d d d d d d d d d d d d d d d d d q f f f f ff f f f f f f f f f f f ff f f f ff f f f f f f f ff f ff f f f f f f f f f f f f f t t t t t t t t Selawat dah kaa hari ni... kalau belom, selawat laa sekali... dapat gak pahala kat aku yg mengingatkan..... jgn lupa sedekah kan Al-Fatihah kat aku yaa.... :)

Cuti-Cuti Holiday-Holiday

Tak banyak aktiviti masa cuti tempoh hari .... banyak lepak kat rumah sbb menikmati suasana duduk kat kg.... malas nak sibuk kan diri .. sbb kat Kulim dah sibuk kerja.. Jerry sibuk buat kek... tenang bila tak payah fikir pasal kerja.......

Malam lepas photoshoot org kawin tu adik Jerry buat bbq... bakar ikan, daging ... aku dah memang flat malam tu .. dah tak larat nak pergi bakar membakar ni.. so lepak jaa tunggu org bakar kan... hehe.....


 Ikan jer sempat ambil gambar.. daging dah siap awal awal lagi di baham... sos Fairuz(husband adik Jerry iaitu Yan) memang terbaik.. dia memang pernah berniaga ikan bakar ni time bulan Ramadhan dengan jayanya.....

Esok harinya kami pergi KB(Kota Bharu Kota Budaya).... sbb lama tak jalan Kb.. pergi lah kejap ronda-ronda.....

Tempat biasa yg wajib singgah..... Pasar Siti Khatijah...

Irdina tak ikut hari ni.. dia malas nak jalan.. nak duduk rumah dengan Pok Mir dia(Pak sedara Amir)...... Hannah pow air papa... air kosong tak nak... ish ish...

Jerry kalau balik Kelate mesti nak sup perut.... kedai ni dekat jaa dgn pasar Siti Khatijah.... Tengok menu.. macam macam sup dan nasi ader

ABC hilir... sbb aper hilir ... ader nata d'koko.... nya bubuh woh nanah dlm tin..... woh kabung tak dok...... bledor itam tak dok.... kacang tak dok..... tok ori.. tapi sedap jugak...

Macam biasa.. Mee Sup Perut....campur limpa, paru dan segala organ dalaman...... kekekek

Lepas kenyang singgah Parkson... window shopping aja... habis modal nak shopping weh... 
Window shopping jaa Hannah... awak bukan hisap botol pun.... 

Balik rumah main pasir pulak.... kakak dok tunggu Hannah balik.... nilah hasil seni Irdina.....sekarang 4, tahun depan? Bila masa rambut papa cacak macam tu.. 



Sekian


Majlis Persandingan Suraya & Fikri

Sambungan kisah semalam, 17/10/2013 berlangsung Majlis Persandingan Suraya & Fikri di rumah Suraya di Kg. Kundur. Majlis bermula lepas Zohor dan blarok(rombongan) sampai jam 3.20 ptg... majlis kat Kelantan ni memang lambat nak mula.. dan habis bun lambat lah.. kadang kadang magrib pun ada org datang lagi dan lauk memang budget sampai malam.....

Hari majlis pula sangat panas.... berpeluh aku time ambil gambar... tuan rumah dok bg aku air sirap dalam gelas ader lah 2, 3 kali.. lepas tu terus bg satu jug kat aku.. kekek.... dahaga weh.... terima kasih tuan rumah....

Suraya ni customer wife aku.. dia order kek hantaran... wife aku yg promote aku untuk jadi photographer untuk majlis dia.. alhamdulilah dia setuju.... dia ni memang photogenic dan pandai pose...... tak keras dan tak kaku lah time depan kamera... Pasangan dia nama Fikri pulak memang keras skit.. tapi lelaki tak apa.. memang dilahirkan keras... mereka berdua bak merpati dua sejoli, bak pinang dibelah dua, sama padan sama molek...

Dalam pkl 5 kami keluar pergi outdoor kat pantai Kundur kalau tak silap.... diorang bawak 2 pengapit untuk bersama posing memosing..... so layan lah beberapa gambar.. tak kan nak letak semua.. ko guano... :D




  








Sekian







Majlis Akad Nikah Suraya & Fikri

Semalam 16/10/13 berlangsung majlis akad nikah pasangan Suraya & Fikri. Ianya diadakan di kg. Pulau Kundur. Diorang ni customer wife aku....tangkap sekali aku sebagai photographer mereke alang² kek hantaran wife aku yg buat...

Aku tak pernah sampai kg Pulau Kundur ni.... majlis buat malam... tak jumpa cari dan dalam GPS tak ada.. jemmm... majlis lepas Isyak.. aku dah berdebar takut terlepas.. bukan boleh main main event org yang penting ini....aku tahu kat jalan PCB tapi tak tahu kg tu kat mana.... last sekali kakak dia datang ambil kat jalan besar dan memang agak jauh masuk kedalam .. confirm tak pergi ambil tak jumpa sampai subuh....

Alhamdulilah segala berjalan lancar..... sekali lafaz saja.... tok imam pun baik.... 2 pasangan nikah malam tu.. emm nasib baik tak salam shoot... kekekek.....

 Tahniah buat kamu berdua.. semoga kekal selamanya...

Sambungan majlis sandingnya tadi akan datang... esok lah aku update.... 

Sekian






Selamat Hari Raya Aidiladha

Semalam 15-10-2013 kita telah menyambut hari raya Aidiladha..... Tahun ni kami sampai kampung sgt lewat... pukul 8 baru sampai.... Kami bertolak dari Kulim jam 1 pagi.... bawak slow ja sbb berat bawak banyak barang dan jugak kek org order... tambah pulak aku tak sempat nak rehat petang tu kerana masih kerja so malam drive sgt mengantuk.. 3 kali berenti tido... tido kejap ja laa dalam 15-20 minit.....

Sbb sampai dah lewat jadi tak sempat nak solat sunat hari raya lah... baru ja siap angkut semua barang keluar dari kereta kena pi tmp org korban(jemelih). Tahun ni Jerry yg korban sebahagian.... pak mertua aku pi jadi wakil.. aku tukang ikut...bawak laa jugak pisau tapi bukan tahu pun nak lapah.. hahaha... time tu ader 2 kumpulan.... lembu kami yg diorang start sembelih dulu... nasib baik geng aku ni ramai yg dah otai bab nak lapah ni.. so bila dah siap sembelih diorang lapah dgn laju sekali..... aku tukang pegang ngan potong kecik kecik jaa.... :D ... kol 12 dah siap lapah dan dah siap bahagi... kumpulan satu lagi ramai yg geng praktikal dalam bab ni heeheh.. newbie.. so nak zohor baru siap lapah... asar kot baru boleh makan .. hahaha....(gelak kat org pulak)

 Dah siap bahagi.... boleh dah nak ambil balik masak dan bg sedekah....

Hari ni pulak 
Teka menu apa hari ini....


Sekian



Buah Delima

Pokok delima yg kami tanam dah bebuah lagi... pokok lain macam mempelam(pauh), mata kucing, limau kasturi dan ciku(sawa nila) tak berbuah pun.... dah letak baja(sekali sebulan kot tu pun miss heheheheh) tapi besar tu jaa pokok dia....... tapi bukan salah pokok.. salah aku tak pandai tanam pokok.. tak jaga elok elok......


Teringat kawan aku cerita yg mak dia mengidam nak makan buah delima masa mengandungkan dia..... sampai nama pun letak delima..... nasib baik mengidam buah delima... kalau kedondong...... hehehe..... jgn marah noo........



Sekian






Mainboard kong

Aduh..... kenapa lah mung nih kong pulok........... mung buat nyanyo ko aku sungguh lah.... orang lain 4 - 5 tahun paka relek .. tak dok masaloh..... mung nate "papanutama" 2 kali doh kong dalam masa 3 tahun.... kalu aku kaya mung nok kong setiap setengoh jam pun tak po........... )(*^!)@^!)@*&amp ;#$!@)#*&.................................................  SABAR.(suara dalam hati)

Sekian

Kemaskini (11/10/2013)... setelah diselidik dgn mendalam.. masalah sebenar adalah bukan pada papanutama (maaf ya papan utama, mu ok lagi sebenarnya) tapi sebenarnya ada entiti lain yg mengganggu papanutama. Entiti tersebut dan sudah dikenal pasti.. sekarang dalam tahanan tanpa peluang rayuan...

Inilah entiti tersebut

Sekian sekali lagi




"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."