Majlis Kacau Suro (Bubur Asyura)

16 November 2013, Persatuan anak Kelantan Kulim mengadakan majlis kaca suro (Majlis buat bubur asyura atau sugha).


Asyura adalah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari)*

* sumber Wikipedia

Terima kasih pada En Rahman, pengerusi Persatuan anak Kelantan Kulim ni kerana memberi ruang kawasan rumah beliay untuk aktiviti kaca suro nih....majlis macam ni dapat lagi mengeratkan hubungan diantara sek anak Kelantan yg berada di sini. Pengalaman baru buat mereka yg sebelum ni hanya tengok org buat (termasuk aku lah) pakat sama-sama tolong menolong untuk menyiapkan bubur suro ini.... lenguh jugak kacau huhuhuh.... sila menjamu mata dengan gambar dibawah.... :D


Sekian.






0 comments:

Post a Comment

"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."