d d d d dd d d d d d d d d d d dd d d d d d d d d d d d d d d d d d q f f f f ff f f f f f f f f f f f ff f f f ff f f f f f f f ff f ff f f f f f f f f f f f f f t t t t t t t t Selawat dah kaa hari ni... kalau belom, selawat laa sekali... dapat gak pahala kat aku yg mengingatkan..... jgn lupa sedekah kan Al-Fatihah kat aku yaa.... :)

Main-main di taman

Hari Ahad lepas 8/12/13 Rizman & Min buat birthday anak mereka, Iman di Taman Hi-Tech. Kami pergi tapi lambat skit.. so terlepaslah moment tiup lilin dan nyanyi lagu birthday....... lepas makan-makan budak-budak kecik ni apa lagi.. main lah sepuas hati....

Hannah cuma nak main buai jaaa....

Irdina sibuk main baling apa tah nama dia dengan Iman dan bapak Iman


Sekian.....






OTW balik Kulim....

Minggu lepas kena balik Kulim sorang-sorang. Wife tak berapa sihat, tambah dia tengah alahan sekarang... jadi dia nak berehat di kampung untuk seminggu... walaupun minggu ni dia ada tempahan terpaksalah dia tolak sbb memang tak larat untuk buat kek... kepada customer dia.. saya mintak maaf yaa... InsyaAllah seminggu dua nanti alahan akan hilang dan buleh sambung ambil tempahan kek....

Balik sorang ni adalah masa nak snap gambar..... kat bawah adalah beberapa gambar ketika aku otw balik kulim.....

Dekat Machang singgah kat sini untuk makan....

Macam-macam jenis sup ada.... tengok menu pun sampai sakit leher nak baca....

Nasi sup perut jadi pilihan..... dgn telur dadar tak cantik.... tapi sedap....

ini olang kena marah sama polis.... sbb suka suka hati buat ini jalan macam bapak dia punya jalan ooo... semua olang banyak jem sbb dia tutup jalan...... dah laa kerete banyak musim cuti sekolah nii....

Ini Bukit Bunga..... nama saja bukit bunga tapi tak ada jual bunga... jual macam macam kecuali bunga.. hehehe

Budak kecik pantang berenti kat sini.. sbb mereka akan pantang tengok dan pantang kalau tak beli....menangis sampai Kulim lah jawabnya

Setelah tahan begitu lama..... berenti kat sini untuk lepaskannya... hahah... tandas ni dekat Hentian Titiwangsa....

Di hentian ni ada kedai makan... harga ok lah.. tak lah cekik darah... cuma time bayar jangan kemut(kedekut) senyuman.. InsyaAllah murah...

Ada surau ...... oh air kat sini sangat sejuk..... ambil air sembahyang mungkin boleh beku..... :D

Yg mana tak ada hanset boleh call gewe(marka,awek) guna public phone ni..... ada lagi kaa org tak ada hanset.. oh mungkin habis credit.....

Hentian Titiwangsa ni sejuk nya macam Cameron Highland... jadi bunga pun banyak jugak yg cantik berkembang kat sini....

ini bukan iklan ubat kuat .. tetapi ini lori sangat hebat..... kakaka... banyak lori behenti tido kat sini.... sejuk....

Hok mana ado rosok keto...... sek nnarik ado doh ready.... helo ko puok dia ni harus mari slalu... tok ado lengohan maso pun.... heheheh



Sekian.....







Réunion - Pulau yang sangat cantik

Salah satu blog reader datang dari Reunion.... so negara apakah Reunion ni..... tanya En.Google

jawapan En.Google.......Tempat yang sangat-sangat cantik......


Sekian


Majlis Pertunangan Ain & Arif

23 November lalu, berlangsung majlis pertunangan antara Ain & Arif. Ain adalah adik ipar aku... (adik Jerry lah)... dua orang ni berajar di maktab yang sama dan bakal jadi cikgu dan cikgi... heheh.... ikatan ini bak satukan TRW dan JDT.. hahaha... sbb sorang dari Kelantan dan sorang dari Johor..... Arif berasal dari skudai Johor. Jodoh ditangan tuhan jauh mana pun tempat lahir atau tinggal... kalau sudah jodoh bertemu jua... kami sekeluarga doakan agar jodoh Ain & Arif berkekalan selamanya.....






Saya mewakil tuan rumah mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau ader kekurangan dalam majlis tersebut...... 


Sekian




Majlis Kacau Suro (Bubur Asyura)

16 November 2013, Persatuan anak Kelantan Kulim mengadakan majlis kaca suro (Majlis buat bubur asyura atau sugha).


Asyura adalah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari)*

* sumber Wikipedia

Terima kasih pada En Rahman, pengerusi Persatuan anak Kelantan Kulim ni kerana memberi ruang kawasan rumah beliay untuk aktiviti kaca suro nih....majlis macam ni dapat lagi mengeratkan hubungan diantara sek anak Kelantan yg berada di sini. Pengalaman baru buat mereka yg sebelum ni hanya tengok org buat (termasuk aku lah) pakat sama-sama tolong menolong untuk menyiapkan bubur suro ini.... lenguh jugak kacau huhuhuh.... sila menjamu mata dengan gambar dibawah.... :D


Sekian.






The Red Warrior

Kelantan akhiri kempen Piala Malaysia dengan kekalahan pada Pahang di perlawanan akhir semalam 3 Nov 2013...... walau pun pahit untuk di telan tapi ini lah hakikat yang harus diterima. Perlawanan semalam memang banyak di kuasai oleh Pahang dan aku rasa memang Pahang patut menjadi juara kerana bermain dengan baik......

Apa pun ini patut dijadikan pengajaran dan muhasabah diri agar pemain dan penyokong berdiri di bumi yg nyata dah tidak lupa diri/riak dengan status kuasa besar bola sepak Malaysia masa kini. Kami penyokong The Red Warrior akan sentiasa berdiri teguh menyokong ketika menang mahu pun ketika kalah...... Gomo Kelate Gomo


Sekian








"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."