RĂ©union - Pulau yang sangat cantik

Salah satu blog reader datang dari Reunion.... so negara apakah Reunion ni..... tanya En.Google

jawapan En.Google.......Tempat yang sangat-sangat cantik......


Sekian


Majlis Pertunangan Ain & Arif

23 November lalu, berlangsung majlis pertunangan antara Ain & Arif. Ain adalah adik ipar aku... (adik Jerry lah)... dua orang ni berajar di maktab yang sama dan bakal jadi cikgu dan cikgi... heheh.... ikatan ini bak satukan TRW dan JDT.. hahaha... sbb sorang dari Kelantan dan sorang dari Johor..... Arif berasal dari skudai Johor. Jodoh ditangan tuhan jauh mana pun tempat lahir atau tinggal... kalau sudah jodoh bertemu jua... kami sekeluarga doakan agar jodoh Ain & Arif berkekalan selamanya.....






Saya mewakil tuan rumah mohon maaf jika ada terkasar bahasa atau ader kekurangan dalam majlis tersebut...... 


Sekian




Majlis Kacau Suro (Bubur Asyura)

16 November 2013, Persatuan anak Kelantan Kulim mengadakan majlis kaca suro (Majlis buat bubur asyura atau sugha).


Asyura adalah berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari)*

* sumber Wikipedia

Terima kasih pada En Rahman, pengerusi Persatuan anak Kelantan Kulim ni kerana memberi ruang kawasan rumah beliay untuk aktiviti kaca suro nih....majlis macam ni dapat lagi mengeratkan hubungan diantara sek anak Kelantan yg berada di sini. Pengalaman baru buat mereka yg sebelum ni hanya tengok org buat (termasuk aku lah) pakat sama-sama tolong menolong untuk menyiapkan bubur suro ini.... lenguh jugak kacau huhuhuh.... sila menjamu mata dengan gambar dibawah.... :D


Sekian.






The Red Warrior

Kelantan akhiri kempen Piala Malaysia dengan kekalahan pada Pahang di perlawanan akhir semalam 3 Nov 2013...... walau pun pahit untuk di telan tapi ini lah hakikat yang harus diterima. Perlawanan semalam memang banyak di kuasai oleh Pahang dan aku rasa memang Pahang patut menjadi juara kerana bermain dengan baik......

Apa pun ini patut dijadikan pengajaran dan muhasabah diri agar pemain dan penyokong berdiri di bumi yg nyata dah tidak lupa diri/riak dengan status kuasa besar bola sepak Malaysia masa kini. Kami penyokong The Red Warrior akan sentiasa berdiri teguh menyokong ketika menang mahu pun ketika kalah...... Gomo Kelate Gomo


Sekian








"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."