Belom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat sahabat handai yang berketurunan Cina..... Dan yg lain yg mana mengambil kesempatan untuk bercuti, selamat bercuti....
Kami pun pada hari cuti begini ambil peluang bawak baby Luthfan jalan jalan di taman
Ada sekor kucing betina kat rumah aku ni... Bukan bela tapi bg laa makan... Tak bg masuk rumah sbb wife geli dgn kucing tambah mikhael ada asma.... Dah banyak kali dah beranak tapi selalu mati atau hilang tatau pi mana...tapi kali ni ada empat ekor yg dah start keluar dari kotak.... Sapa nak kucing ni boleh mai amik... Hehehe
Bila wife tak sihat atau letih... Kenalah ringankan tulang untuk masak.... Masak lah apa pun janji boleh makan
Selesai baik pulih aquarium... Balik kerja ada idea terus buat lepas siapkan makan malam....makan burger ja....
Hasil walaupun tak pro... Tak ada kemasan sempurna... Tapi hati puas dan wife pun suka.... Anak² tak sabar nak pi beli ikan dah..... 😊
Sabtu 10 Fed 2017 kami dijemput ke majlis perkahwinan Ediasfiq di Kulim Golf Resort... Majlis berlangsung meriah .... Tema dinner by the pool.... Tapi kami tak stay lama sbb bawak baby Luthfan.... Takut dia demam kalau kena embun malam
Buat pertama kali bawak Luthfan shopping ker Aeon mall Alma... Nak shopping baju dia jugak...
Mungkin setengah orang tak berkelapangan untuk ambil anak anak dari sekolah.... Aku bersyukur dapat memberi masa itu pada anak anak aku.... Masuk jaa kereta macam macam depa dok cerita.... Penat menunggu pun kita kena dengar gak cerita mereka ni.... Baru hilang stress mereka.... Heheheh
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat... Walaupun tang kedarah minyak tak pa lah......ada rosak kat situ rosak kat sini... Itu biasa lah.... Barang lama ada la rosaknya.... kita pun ada sakit demamnya jugak kan...
Sekadar minat pada kayu pallet untuk dijadikan perabut dan perhiasan rumah tapi bakat tu tak ada.... Hasil nya tak laa buruk sangat tapi sekadar untuk kepuasan diri sendiri jaa....
Lama dah family aku dari kelantan tak mai kulim... Kali ni mereka sempat datang melawat... Nak tengok baby Luthfan kat kulim ni....
Kalau datang sini tak sah kalau tak makan di Puncak Mutiara Cafe.... Walaupun ada cawangan di kota bharu .. tapi tak sama feel dia...
"Tuhan..segalanya telah Engkau tentukan,
terangi saja hatiku, maaf ku selalu terlupa,
mensyukuri semuanya....."